Thursday, February 5, 2009

Salam Untuk Semua..

Assalamualaikum w.b.t,

Syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izinnya, aku berjaya juga membina blog kepunyaan aku...dengan ilmu yang tidak seberapa...i managed to create a blog. Ketinggalan kah aku? Tanpa bantuan sesiapa, usaha dan mencari sendirian, terbuka hatiku untuk memilikinya. Pada 6 hb Februari 2009, aku terbaca artikel mengenai Haji Aznil Nawawi atau sekarang sudah membahasakan dirinya Pak Nil ( rasa seperti tua sikit, tapi yang penting hatinya kan? ), di situ tertera alamat blognya. Di situ, aku mulai terfikir, orang sesibuk Pak Nil, pun sempat blogging, sedikit rasa cemburu, mula menerjah. Lebih-lebih lagi, aku sedang mencari peluang perniagaan di alam cyber serba maya ini. Aku akan 'mengenalkan diriku' kepada sesiapa yang ingin mengenali. Kita jumpa di warkah yang seterusnya...Salam